skip to main |
skip to sidebar
CassaNdra meNjenguk ke luar tingkap. Haih, ada lagi makhluk tuhan tu menunggu kat luar.Makhluk tuhan yg Cassandra maksudkan itu adalah ex-boyfriend nya, Mikhael. Makhluk tuhan tu tidak henti2 menganggu kehidupan sehariannya."Oit, balik lah. Sy dah jemu tengok muka awak kat situ. Baik awak balik sebelum sy panggil security"Cassandra menjerit dari tingkap."Cassandra, sy nk jumpa awak sekejap je. Tolonglah"Mikhael bersuara meminta simpati.Cassandra tunduk mencari selipar tidurnya. Cassandra mencampakkan selipar tidurnya hampir mengenai kereta Mikhael bagi menunjukkan tanda marahnya.Cassandra sendiri tidak menyangka yg dia akan melakukan tindakan luar kawal sebegitu. Di dalam rumah, Cassandra tertawa sendirian. Padan muka. Dia ingat aku tak dapat hidup kalau dia tak ada. Ini Cassandra lah. Sekali dah ludah takkan aku jilat balik punya.Cassandra masih ingat lagi bagaimana angkuhnya Mikhael dulu sewaktu mahu meninggalkannya."Semuanya kerana Lisa. Kalau awak rasa Lisa dapat membahagiakan awak, so lepas ni jangan cari sy lagi ok""Cassandra, sy terpaksa, awak kena faham situasi sy ni""What?? Sy kena faham?? Eh, pilihannya di tangan awak, dan sekarang selepas awak buat pilihan, awak mintak sy faham situasi awak? ok sy boleh faham sangat2 tp dengan satu syarat, jangan ganggu sy lagi. Sy dah meluat tengok muka awak"Mentang2lah Lisa tu cantik, senang2 aje dia buat pilihan. Aku pun tak tau lah apa yg Lisa tu pandang kat Mikhael tu. Cassandra mengomel sendirian."Cassandra, aku pernah baca satu artikel yg menulis bahawa ada sesetengah manusia yg tidak pernah puas dengan apa yg dia ada dan suka merebut sesuatu yg menjadi milik org lain. Hanya dengan perebutan sebegitu dan beroleh kemenangan di pihaknya mampu membuat dia berasa sebegitu puas hati""Haih, wujud ke manusia macam tu?""Aku rasa Lisa macam tu. Heheheheh"Cassandra termenung. Mungkin ada betulnya kata2 Zura tu tadi. Lisa memang suka merebut sesuatu miliknya dari dulu lagi. Dari mereka di zaman persekolahan lagi. Dari segi jawatan, pertandingan dan macam2 lagi. Tak mustahil jika Lisa tergolong dalam spesis tu. Cassandra tersenyum sendiri."Sekarang Mikhael masih ganggu kau lagi ke?""A'a. Aku rimas tau tak. Pagi petang siang malam ada je muka dia kat depan rumah aku""Kau kena berbuat sesuatu Cassandra. Kau tak boleh biarkan perkara macam tu berlarutan""Maksud kau?""Aku rasa kau kena pindah lah. Demi keselamatan kau jugak. Lagipun, antara kau dengan Mikhael dah berakhir. Takkan lah kau masih nak hidup di bawah bayang2 dia lagi? Kau pun kena fikirkan kehidupan kau sendiri"Cassandra menganggukkan kepala tanda setuju."Mikhael ni spesis ape pulak eak? Hehehehhe"Pecah tawa antara Cassandra dan Zura di ruang pejabat itu.************************************************************"Kau nak pindah? Tp kenapa?""Haih, sukati aku la. Aku pindah ke, aku tak pindah ke, apa kena mengena dengan kau?""Janganlah marah aku Sandra. Aku tanya je. Mana tau aku boleh tolong kau pindah barang ke apa ke"Cassandra termenung sejenak. Betul jugak tu."Kau free sabtu ni? Tolong aku pindah barang ok"Khalees tersenyum senang.Khalees merupakan teman seperkolahan Cassandra dahulu. Lama jugak mereka berkawan. Tapi tamat sahaja persekolahan, mereka hilang membawa haluan masing2.Setelah bekerja di Kuala Lumpur ni la baru mereka bertemu semula setelah sekian lama.Awal pagi sabtu, Khalees dah kelihatan di depan rumah Cassandra."Kau mandi ke tak ni Khalees?"Cassandra memandang Khalees dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki."Ala lepas aku angkat abrang2 kau ni, aku mandi lah. Aku nak mandi kat swimming pool kat rumah baru kau tu. Hehehehhe"Cassandra menggelengkan kepala. Lucu dengan telatah Khalees. Terhibur jugak hatinya yg lara ni."Assalamualaikum"Haih, sape pulak datang rumah aku ni.Mikhael??"Nak pergi mana dengan barang2 ni?""Owh, kami nak pindah"Aduh, lurus bendul betul si Khalees ni."Pindah?""Ye lah, pindah. Kenapa buat muka terkejut pulak?""Ye lah, tapi kenapa tiba2 je?"Khalees tercengang melihat Cassandra dan Mikhael bertegang urat."Mana ada tiba2?,, sy dengan awak pun dah lama habis,, dan sekarang dah sampai masanya untuk sy bina kehidupan baru. Sy lupa kenalkan, ini Khalees, tunang sy. Kitorang nak berpindah ni pun sebab nak berkahwin. Bukan suka2 je nak pindah"Mikhael merenung ke dalam anak mata Cassandra.Khalees pula tergamam."Oklah kalau mcm tu. Sy mintak maaflah kalau menganggu. Semoga bahagialah hendaknya. Assalamualaikum"Setelah Mikhael berlalu, Cassandra rebah di lantai. Rasa sakit hatinya berbalas. Tapi yg menghairankannya adalah,, sekuat mana pun dia membalas dendam pasti hatinya turut merasakan kesakitan yg sama.Khalees terus mengemas barang2.Setelah selesai ,, Khalees masuk ke dalam rumah , kelihatan Cassandra tertidur di ruang tamu.Khalees mengambil kesempatan itu utk membersihkan diri. Setelah siap mandi dan bertukar pakaian,, Khalees turun ke bawah membeli makanan. Perutnya sudah mula mendendangkan bunyi2an. Pasti Cassandra juga lapar. Takpelah, kasi dia tidur puas2 dulu.Sewaktu Khalees tiba dengan makanan tengahari, Cassandra baru bangun tidur dan menujuk ke bilik air.Terkejut Cassandra apabila melihatkan Khalees menyiapkan makanan tengahari untuk mereka berdua."Kenapa tak kejut aku, kesian kau lapar"Khalees cuma tersenyum lebar."Kau pun lapar kan? Dah la, makan je. Barang semua aku dah angkat masuk lori. Lepas makan kita boleh gerak dah"Cassandra memerhati sekeliling rumah. Wah, semua dah settle. Malu pulak dia dengan Khalees. Aku syok tidur, Khalees pulak yg settle barang2 aku. Malunya.******************************************************"Khalees, aku lupa nak bagitau kau yg Mikhael tu sebenarnya ex-boyfriend aku""Kau tak bagitau pun aku dah boleh agak dah"Khalees berpura2 sibuk.Cassandra tergamam pula. Entah kenapa bila riak wajah Khalees berubah serta merta hatinya menjadi kelu tak terkata."Thanks Khalees, for your help"Itu sahaja perkataan yg terkeluar dari bibir Cassandra."Baguslah kau dah pindah, tak lah dia kacau kau lagi kan. Macam mana rumah baru? Ok tak?""Ok, tenteram je aku duduk kat situ. Best sangat""Aku harap lepas ni kau tak pindah lagi, kalau pindah lagi pergh, boleh kurus aku tolong kau pindah barang selalu. Hahhahaha"Cassandra tersenyum malu. Cis, sempat dia mengena aku.Handphone milik Khalees berdering, segera dia menjawab panggilan setelah beredar jauh sedikit dari Cassandra.Kelihatan raut wajah Khales begitu ceria sekali tatkala menjawab panggilan itu dan sangat mesra sekali caranya melayan.Cassandra dapat mengagak pastinya perempuan yg menelefonnya.Entah kenapa terdetik satu perasaan berbaur cemburu di hati Cassandra. Haih, takkanlah aku cemburu dengan Khalees?? Khalees?? Ish, tak mungkin.Cassandra segera menepis segala perasaan yg datang menerjah secara tiba2 itu."Girlfriend?"Soal Cassandra, walaupun pada mulanya dia tidak mahu mengajukan pertanyaan itu, tetapi hatinya memaksa."Eh, tak lah, aku mana la ada girlfriend. Layak ke muka macam aku ni nak ada girlfriend"Khalees tersenyum manis.Cassandra berpura2 tidak dengar. Sebenarnya hatinya malas mendengar alasan yg diberi oleh Khalees itu.Oh bulan , enggan melayan diriku lagipabila airmata membasahi pipidan lagu2 di radio seolah olah memerli akupabila , kau bersama yg lainadakah perasaan benci ini sebenarnya cintayg masih bersemadi utkmudan sebenarnya ku mengharapkan sebalik senyumanmu itukau juga, merindui aku*****************************************************"Sandra, jom lepak"Zura mengenyit mata nakal ke arahnya.Azwan yg merupakan teman lelaki Zura turut memujuknya agar lepak bersama mereka pada petang itu."Ok gak. Tapi nk pergi mana?""Tengok wayang ke , ok?"Cadang Zura sambil dipersetujui oleh Azwan."Aku call Khalees eak. Seronok sikit ramai2 , baru meriah"Zura dan Azwan berpandangan sesama sendiri dan mengukir senyuman tanda setuju.Khalees juga setuju dan berpakat untuk berjumpa di midvalley terus."Sandra, aku rasa lah kan. Sejak dua menjak ni, kemana je kau pergi mesti ada Khalees, mana ada Khalees mesti ada kau. Korang ni ada apa2 ke?"Soal Azwan sambil mengenyit mata ke arah Zura."Owh , ye ke? aku tertinggal sesuatu ke?"Ujar Zura berminat."Haih, ape yg kau merepek ni? Korang kan kawan2 aku dari sekolah lagi. Dah memang aku closed dengan Khalees dari dulu lagi kan. Apa yg nak di hairankan?""Uish, dulu tu zaman kecik2. Sekarang dah besar Sandra. Takkan tak ada feel apa2 kot. Lagipun aku tengok si Khalees tu semakin segak sekarang. Dah jadik jurutera"Usik Azwan lagi."Ala , kalau diorang ada apa2 pun apa salahnya. Masing2 pun single , sama cantik, sama padan"Sampuk Zura."Haih , dahla. Jangan mengada-ada kan menda yg tak ada boleh tak. Sekarang ni, apa kata kau check citer ape yg best kat wayang harini. Gunakanlah blackberry kau tu sepenuhnya Azwan. Takkanlah kitorang still nak kena beratur lagi nak beli tiket wayang""Aduh, bisa bisa. Ok , ok. Aku settlekan"Mereka tertawa bersama. Menghabiskan cuti hujung minggu bersama teman2 merupakan hari yg menggembirakan."Khalees , aku tengok kau ni busy je dari tadi. Hari ni kan hari minggu, tak boleh ke kau berenggang sikit dengan handphone kau tu. Spent masa cuti ni dengan kitorang tanpa gangguan"Usik Zura."Hahahha , ye lah , ye lah""Aku tengok muncung si Sandra tu dah sedepa dah . Jealous lah tu"Azwan pula turut menyakat."Haih jangan nak memandai. Aku tak hairan lah . Pleaselah"**********************************************************"Kau diet ke Khalees?""A'a , barulah boleh mengorat awek""Kau nak mengorat sape? Cassandra?""Tak boleh ke?""Tak adalah, tapi aku rasa Cassandra tu masih sayangkan ex-boyfriend dia. Lagipun aku dengar ex-boyfriend dia mcm nak berbaik2 dengan dia semula. Kalau betul macam tu, tak elok pulak kau potong line beb"Khalees cuma diam. Dihatinya diburu kerisauan yg amat sangat.Didailnya nombor Cassandra. Talian sibuk. Di cubanya sekali lagi, juga masih sibuk.Bergayut dengan siapa pulak minah ni. Dia dah berbaik dengan Mikhael ke? or dia dah ada pengganti baru? Ah, sudah. Habisla macam ni."Khalees , I ni""Emma , kenapa call malam2 ni?""I kat KL ni, tak nak jumpa I ke?""You kat KL buat apa?""I ada job sikit kat sini. So , shall we meet? Or have some dinner together?""Err .. I busy sikitlah, lain kali ok. Jangan kecik hati tau. Maybe next time ok. Ada masa nanti I call you. You ada kat KL sampai bila ni?""Dua tiga hari je. Oklah kalau macam tu, anything just let me know ok. Bye, take care"Talian di matikan.Khalees cuba mendail nombor Cassandra semula. Namun masih gagal. Kemana agaknya Cassandra ni pergi.Dihatinya mula menular perasaan cemburu bercampur baur dengan kerisauan.Dicapainya kunci kereta, dia menuju ke arah rumah Cassandra.Setibanya dia di situ, dadanya berdebar2. Dilihatnya Mikhael sedang bertemu dengan Cassandra di luar rumah.Macam mana Mikhael boleh tahu rumah Cassandra? Khalees tertanya2 sendirian.Setelah Mikhael beredar, Khalees juga turut beredar. Hatinya remuk. dAri sekolah lagi dia amat menyukai Cassandra tapi tidak berpeluang untuk meluahkannya kerana bimbang Cassandra hanya menganggapnya sebagai seorang teman dan tidak lebih dari itu.Dan sekarang , dia merasakan masa yg cukup sesuai untuk meluahkannya tetapi terdapat pula halangan2."Hello, Emma, I free ni, I pick up you ok. Siap2 lah"*******************************************************"Saya nak kahwin lah Mikhael , tolonglah jangan ganggu saya lagi. Awak dah pun berkahwin dengan Lisa. Bukan ke itu yg awak mahukan dari dulu? Awak sanggup tinggalkan saya demi Lisa. Dan sekarang , kenapa awak nak menghalang saya dari hidup bahagia?""Sandra, setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Sy akui kesilapan yg paling besar sy dah lakukan adalah meninggalkan awk dan memilih Lisa. Semuanya tidak seperti yg sy harapkan. Tolonglah beri sy peluang sekali lagi""Jangan nak buat gila lah Mikhael, sy dah berkahwin dah""Sy tau awak masih sygkan sy. Tak mungkin awk mencintai Khalees. Sy kenal awak Sandra""Mikhael, sudahlah. Sy cukup bahagia dengan Khalees, tolong beri sy peluang hidup bahagia. Sy tak pernah menganggu atau menghalang awak dari hidup bahagia jadi sy mohon sangat agar awk tak mengganggu apa yg sy bina sekarang.""Sandra...""Baliklah Mikhael""Betul ke awk dah melupakan sy?"Cassandra mengangguk laju."Selagi awk belum sah menjadi isteri org, selagi itulah perasaan sy masih seperti dulu pada awak. Sy masih sygkan awak Sandra. Tapi perasaan sy ni bukan bererti sy menghalang awak dari berkahwin dengan Khalees. Sekiranya Khalees melukai awak, awak cari lah sy kembali.""Jangan nak buat gila lah Mikhael""Sy gila pun sebab awk Sandra""Sudahla, sy tak nak dengar dah. Awak baliklah"Entah dari mana Cassandra mendapat kekuatan sebegitu.Begitu tenang dan kuat sekali menepis rayuan Mikhael. Mungkinkah kerana di hatinya benar2 sudah ditakluki oleh insan lain?**************************************************Dah hampir sebulan Khalees outstation. Cassandra sangat bosan melalui hari2 yg sunyi."Hello, Khalees, bila kau nak balik KL ni? Aku rindulah kat kau?"Mungkin lama kot aku outstation kali ni. Banyak kerja lah Sandra. Nanti aku call kau ok"Talian di matikan.Huh, sampai hati Khalees. Menyampah betul. Orang lain pun kerja juga.Loceng rumah Cassandra berbunyi kasar menyatakan bahawa ada org di luar. Berlari anak dia ke pintu. Siapa pulak lah yg datang rumah pagi2 ahad ni.Cassandra tertinjau2 di muka pintu. Kenapa tak ada org pula? Habis siapa yg tekan loceng pintu tadi? Hatinya berdebar2. Diberanikan diri untuk meninjau ke grill pintu.Terkejut bukan kepalang apabila melihatkan wajah Khalee di muka pintu rumahnya. Saat itu hatinya terasa riang sekali. Terasa mahu je di peluknya tubuh Khalees tapi malu pulak."Bila kau balik ni? Kau tipu aku eh?""Hahahhah .. semalam lagi aku dah balik. Aku tau kau rindu kat aku sebab tu aku datang ni ha. Dah la, gi mandi siap2 , aku tunggu dalam kereta kita breakfast sama"Dengan pantas dan huru hara sekali Cassandra bersiap2. Hatinya terasa berbunga2 sekali.Favourite place Khalees adalah memory corner. Setiap kali makan or nak melepak mesti kat situlah tempatnya."Lepas ni, kau temankan aku beli buah ok. Mama aku pesan suruh aku beli buah tadi"Cassandra mengangguk tanda setuju.Sewaktu membelek2 buah di jusco. Khalees memaut tangan Cassandra untuk menunjukkan sesuatu. Wajah Cassandra berubah malu tp dia pasti Khalees tidak perasan perubahan riak wajahnya itu. Dia cuba memberi reaksi normal spt biasa sedangkan hatinya spt penuh dengan rama2.Khalees, kalaulah kau tahu perasaan aku ni. Hmmm ...Malam tu , sungguh sukar sekali Cassandra melelapkan mata. Pelbagai perasaan mengganggu fikirannya.Begitu juga dengan Khalees. Di fikirannya ketika itu cuma ada nama Cassandra. Wajahnya, senyumannya , sifat keanak-anakkan nya, reaksi kasar yg sering Cassandra tunjukkan ketika bersama2 teman2nya.Khalees tahu, Cassandra sebenarnya sangat tulus, mulus dan menepati semua ciri2 wanita idamannya.Khalees yakin kini bahawa Cassandra juga mempunyai perasaan yg sama sptnya."Kenapa kau yakin sangat ni beb?""Aku pernah baca satu artikel. Kalau kita nak tahu wanita tu suka kat kita atau tidak, kita cuba paut tangannya. Jika dia melepaskannya bermakna wanita itu tidak bersedia ataupun tidak mahu komitmen dengan kita. Tapi kalau wanita itu relaks je, bermaksud dia bersedia untuk ada komitmen dengan kita. Tapi bukan semua wanita macam tu. Wanita istimewa yg terpilih macam Cassandra je tau"******************************************************"Sayangku, aku gi lepak kat sana jap. Sayangku duduk sini dulu ok"Ujar Khalees.Cassandra mengangguk tanda faham.Walaupun mereka secara rasminya telah bercinta, tetapi mereka masih ber aku dan kau lagi.Cassandra sangat bahagia kerana Khalees sangat memahami dan menjaganya dengan baik. Dia tidak menyesal kerana memilih Khalees sebagai cintanya."Kau makin sihat aku tengok? Dah tak diet dah ke?""Nak diet ape lagi, dah dapat idaman hati. Dulu diet sbb nak mengorat Cassandra, sekarang dah dapat ape lagi nak kisah kan?"Khalees cuma tersenyum senang."Sandra , kau tak kisah kan kalau Khalees tak diet?"Usik Azwan."Aku tak kisah, aku lagi suka, tak dapat lah dia nak menggatal hahahah"Cassandra pula menyakat."Kalau fikir2 balik, kitorang ni macam tak caya je korang ni boleh jadi couple. Bahagia pulak tu, jealous aku tengok""Kau kena belajar dengan aku ni ha"Seloroh Khalees sambil menepuk dada dengan bangganya."Sayangku, kau tak kisah ke dengan perangai aku ? Aku tak pandai nak romantik. Kau kenal kan aku macam mana"Soal Cassandra sewaktu di dalam kereta."Sayangku, sebab aku kenal kau dari dulu sampai sekaranglah makanya aku tak kisah. Aku sayang kat kau seadanya diri kau. Tak payahlah nak ubah apa2""Tapi, kita ni masih ber aku , kau. Kau tak rase ke kita perlu ada panggilan yg sesuai?""Aku tak kisah, kau suggest je lah""Mmm .. aku nak panggil kau chenta. Boleh tak?""Chenta? wah kau biar benar?""Ah , tak kira , aku tetap nak panggil kau Chenta""Kalau mcm tu , aku nak panggil kau ape eak. Biar aku pikir jap. MMM ... heheheheh""Kenapa kau gelak pulak?""Kalau kau panggil aku chenta, so aku nak panggil kau anggun heheheeh""Ish, malulah, tak naklah""Hahahhaha ,, tak kira. You are my anggun""Heheheheh , and you are my chenta"Mereka gembiara dengan panggilan nama mereka yg baru itu.******************************************************Keluarga Khalees telah menetap tarikh untuk hari bahagia mereka berdua.Mereka pula sibuk ke sana kemari mencari barang2 persiapan untuk hari bahagia yg bakal kunjung tiba."Anggun , I nak ke toilet kejap. Anggun tunggu dalam kereta ok"Cassandra mengangguk laju.Tiba2 telefon Khalees berbunyi.Terpapar di skrin telefon nama Emma. Berkerut juga wajah Cassandra memikirkan siapa gerangannya Emma itu."Hello, sayang. Where were you? Lama tak call I"Berdebar dada Cassandra saat mendengar rengekan manja itu."Err .. hello , nak bercakap dengan Khalees ke? Sorry , dia ke toilet. Want to leave a message?""Oh , sorry2 ... takpe2 nanti I call semula. Ok thanks"Darah mula mendidih dan menyerbu perasaan Cassandra. Namun dia cuba bertenang. Mula memikirkan apakah benar keputusannya untuk berkahwin dengan Khalees. Cassandra mula merasa ragu2."Anggun, kita nak kemana eak sekarang? Dah cukup ke barang2 yg kita beli tu?""Em, I rasa pening kepala lah, chenta hantar I balik je lah""Eh, kenapa ni? Tadi happy je""Entahlah, tiba2 I takda mood""Come on lah anggun, kenapa ni? Jangan lah macam ni. Anggun buat I risau lah""I ok je. I nak balik""Ok, tunggu kejap"Khalees turun semula dari kereta dan menuju ke dalam shop petrol station itu.Selepas itu baru Khalees menghantar Cassandra pulang.Sebelum Cassandra turun dari kereta, Khalees menyerahkan sepapan panadol kepada Cassandra."I tak tahu kenapa anggun tiba2 berubah. Kalau I ada buat silap, I mintak maaf ok"Cassandra terus keluar tanpa berkata apa2.Di rumah, Cassandra menangis sepuasnya.Apakah perkara yg lepas bakal berulang kembali? Apakah perisitiwa sedih yg berlaku antara dia dan Mikhale akan berulang lagi?Dia tak sanggup kehilangan Khalees. Siapakah Emma sebenarnya?*****************************************************Khalees sudah tahu apa punca sebenar hingga Cassandra tiba2 bersikap dingin terhadapnya.Dia begitu reseah sekali. Tidak tahu bagaimana mahu dimulakan.Dia juga tidak mahu kehilangan Cassandra, lebih lagi hari bahagia mereka bakal menjelma tidak lama lagi. Khalees bimbang sekiranya Cassandra tiba2 berubah fikiran.Cassandra langsung tidak mahu berjumpa atau mendengar suaranya. Khalees bingung. Tiba2 dia menjadi tidak faham dengan telatah Cassandra.Memang dia akui salah dirinya tidak menceritakan perihal Emma kepada Cassandra terlebih dahulu tapi tidak menyangka Cassandra akan bertindak sehingga begini rupa.Khalees memasuki petak perking di hadapan Memory Corner, dimana dia dan Cassandra selalu menghabiskan masa bersama. Tiba2 dia tidak jadi untuk keluar apabila matanya tertangkap sesuatu.Cassandra??Mikhael??Perasaan marahnya tidak dapat dibendung lagi.Wanita yg dia cintai bersama dengan lelaki lain. Lelaki itu pula merupakan bekas kekasihnya dahulu.Khalees benar2 tergugat. Dia tidak sangka Cassandra membalas dendam sehingga begitu sekali.Dia keluar dari kereta. Cassandra nampak kelibat Khalees dan cuba untuk menahan Khalees tapi Khalees beredar dengan marah sekali.Khalees pulang ke rumah dengan kemarahan yg amat sangat."Khalees , dari mana ni?"soal mama.Khalees langsung tidak menjawab malah terus naik ke bilik. Mama nya berasa hairan."Bergaduh dengan Cassandra lah tu"Ulas kak long yg sudah masak sangat dengan perangai adik bongsunya itu."Hai , dah nak kahwin pun masih bergaduh? Mcm mana nak kahwin ni?""Jangan sampai tak jadi kahwin sudahla"Usik kak long lagi.Mama cepat menjeling ke arah anak sulungnya itu."Khalees, tak nak makan ke?""Tak nak lah mama, kenyang""Marilah keluar, borak2 dengan mama ni""Nantilah , Khalees takde mood lah mama"Mama menyuruh Cassandra masuk je ke bilik anak bujangnya itu."Tak pe ke mama, Sandra masuk?"soal Cassandra risau.Mama cuma mengangguk.Cassandra lihat Khalees sedang termenung di meja tulisnya. Dihadapannya terdapat frame gambar yg mengabadikan gambar mereka sewaktu di alam persekolahan dulu.Mmm... banyak2 gambar aku yg cun2, gambar yg sememeh tu jugak yg dia tatap bila marah."Sayang"Khalees terkejut lalu menoleh, frame gambar segera ditutup dengan tangan."Dah lama ke simpan gambar tu?""Anggun?? mcm mana... ?""Marah kat I lagi?"Khalees mendengus kasar."I mintak maaf kalau I buat chenta marah"Keluh Cassandra perlahan."Actually anggun, I tak faham kenapa you tak nak jumpa I langsung. I call you tak pick up. Lastly I nampak you dengan Mikhael pulak. Apa semua ni?""Mikhael cari I sebab nak bagitau I yg mak dia baru meninggal, I pun ambil kesempatan tu nak bagi wedding card kita""You still nak kahwin dengan I anggun?"Mata Khalees sedikit bercahaya."Yelah , then you ingat I nak tinggalkan you?mcm tu? Tak semudah itulah chenta. yea, memang I jealous dengan Emma. Tapi , I sanggup ketepikan perasaan jealous tu dan beri peluang untuk you dengan I mulakan hidup baru""Anggun, I'm so sorry. Emma bukan siapa2 di hati I. Memang I rapat dengan dia, tapi itu dulu. I pernah cuba sukakan dia, tapi dia tahu I sangat sayangkan you dari dulu sampai sekarang""Betul ni? Boleh you lupakan Emma demi I?""Lupa tu tak boleh la, Emma kan kawan I. Tapi you kena lupakan Mikhael ok. I jealous tau"Cassandra tersenyum mesra.**********************************************Dihari pernikahan mereka, mata Khalees tidak lepas dari menatap wajah mulus Cassandra yg tampak ayu bertudung litup.Seperti mengimbau zaman mereka di persekolahan dahulu. Khalees begitu rindukan wajah itu."Anggun, you look so anggun with the tudung""Chenta, I akan terus pakai tudung setelah I sah menjadi isteri kepada Mohd. Khalees Mohd. Khafi""Are you sure anggun??""Yes. I'm so sure chenta. I love you so much""Thanks, anggun. I reaaly appreciated that""Dan I janji, I akan jaga dan tidak akan sia2kan you sebagai isteri I yg sah"sejak dari dulu kumenyintaimukau tahu begitu namun kau berpuraku masih teringat kau peluk dirikudan telah membuatku menyintaimusudah berapa lama diriku ini x bertemu mumungkin ku harap juakau merinduku sebagaimana ku rindumucinta antara kitatiada penghalangnyawalau akhir usiaku menyintai dirimuku hanya menunggumumengatakan kau cintakuku kan berjanji menyintamu sayangsetelah kau pergijauh dari sisitiada ku cinta selain dirimuku ingin bersama dengan mu selamanyawalaupn sehingga ke akhir nyawamungkin kau x mengerti maksudku dulu pada dirimukini ku kan menyinta dirimu itu shingga ke akhir waktusudah berapa lama diriku ini x bertemu mungkin ku harap juakau merinduku sebagaimana ku rindumu(chenta love anggun ... so much)(i love you too chenta, u're my chenta forever)
Immanaty sedikit terkejut pabila bahunya dipaut kasar."Imm, tu papa kau lah"Suara Adelia serta merta membuat dada Immanaty tiba2 berdebar kencang serta merta.Immanaty mengalih pandangannya kepada arah yg ditunjukkan oleh Adelia.Keliahtan papa nya sedang makan berdua dengan seorang wanita yg tidak dikenalinya. Immanaty terus berjalan laju menuju ke arah papa nya. "Imm, kau nak pergi mana??"Adelia sedikit resah, bimbang terjadi sesuatu yg tidak diingini di restoran itu."Hye papa, mintak sepuluh ringgit"tegur Immanaty selamba sambil matanya merenung tajam ke arah wanita yg sedang duduk berhadapan dengan papa nya.Wajah papa nya berubah serta merta kerana tidak menyangka kehadiran anak bongsunya di situ.Dengan tergesa-gesa papa nya mengeluarkan note sepuluh ringgit dari dalam dompetnya sambil di perhatikan oleh wanita itu.Setelah dapat wang yg diminta, Immanaty terus mengajak kawan2nya keluar dari restoran itu.Arggh,, itu cuma kenangan masa lampau. Kejadian itu berlaku 5 tahun lepas ketika dia berada di tingkatan lima.Sejak dari kejadian itu, Immanaty jarang langsung bertegur sapa dengan papa nya. Bercakap bila perlu dan tamat sahaja tingkatan lima, Immanaty terus menyambung pelajaran di kolej swasta. Boleh dikira dengan jari beberapa kali sahaja dia pulang.Mama pula kalau terlalu rindu, mama sendiri yg akan datang menziarahinya di kolej.Abang2 nya pula mengecop nya sebagai anak durhaka. Biarlah. Dia tidak peduli apa yg org nak kata tentang dirinya, asalkan dia masih berada di landasan yg betul.Setelah tamat belajar, dia cuba untuk pulang tetapi gagal menyesuaikan diri di rumah sendiri. Immanaty sendiri tidak tahu mengapa."Immanaty, cuba tengok along tu, belajar tinggi, dapat kerja bagus. Kamu ni pilip course yg bukan2, apa nak jadi dengan kamu ni? tak ada taste langsung" kata2 papa itu sentiasa bermain di fikiran Immanaty sehingga menjadi racun sehingga kini."Papa, taste papa lagi teruk kalau nak dibandingkan dengan taste Immanaty"Papa nya terdiam saat kata2 itu keluar dari mulut Immanaty.Sesungguhnya di antara ahli keluarganya, tiada siapa yg tahu apa masalah yg berlaku di antara Immanaty dan papa nya."Eh, kau nak biadap dengan papa ke Imm?"soal along tiba2.Immanaty memandang sebal wajah papanya. Hilang sudah wajah seorang yg amat disanjunginya satu masa dulu."Memang betul ape yg Imm cakap. Nanti jangan kata Imm tak bagitau pulak"Sejak dari kejadian itu, Immanaty memutuskan untuk mencari kerja di ibu kota. Risau juga di hatinya jika keadaan sebegitu berlarutan, dia akan menjadi lebih kurang ajar."Imm, jom show nak mula dah"Rita menarik tangannya.Immanaty membetulkan bajunya sebelum berjalan di atas pentas.Immanaty sendiri tidak tahu mengapa dia menceburkan diri di dalam dunia modelling ini sedangkan dia bukanlah seorang yg berjiwa lembut. Mungkin di situ telah tertulis rezeki untuknya.**************************Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Immanaty."Imm, Imm tak nak balik ke?"kedengaran sayup suara mama di talian."aa ... nanti Imm balik, kenapa mama? ada apa2 yg berlaku ke?"Immanaty sedikit curiga."Balikla dulu ok"Immanaty menjadi serba tidak kena. Apa yg terjadi sebenarnya?Dalam hati nya mengharapkan agar tiada sesuatu yg buruk menimpa keluarganya. Pabila dihitung, hampir setengah tahun juga dia tidak pulang menjenguk keluarga.Tapi, bukan bermakna dia melupakan keluarganya. Walaupun dia seringkali bercanggah pendapat dengan papa nya , itu juga bukan bermakna dia tidak menyayangi papa nya.Keadaan di dalam rumah ketika itu suram dan tidak ceria seperti selalu. Ketika anak2 along sedang berlari berkejar-kejaran di dalam rumah, segera along mengarahkan mereka beredar dari ruang tamu.Immanaty sedar, pasti telah berlaku sesuatu yg serius ketika ini.Di renung wajah tenang mama, Immanaty gagal mencari jawapan dari reaksi wajah mama."Papa dah melampau. Sy tak setuju dengan tindakan papa" bentak along keras.Angah dan abg Uda cuma diam. Selalunya pun begitu. Segala keputusan semua di putuskan oleh along. Along anak kesayangan papa. belajar tinggi dan menjawat jawatan yg bagus. Tentunya yg lain hanya diam dan menganggukkan kepala walaupun di dalam hati tidak setuju dengan tindakan along.Cuma Immanaty, yg sering berlaga angin dan bercanggah pendapat dengan along hanya kerana dirinya tidak sehaluan dengan papa."Imm tak faham dengan apa yg along katakan ni""Itulah kamu. Selalu sangat buat haluan sendiri sampaikan masalah keluarga pun kamu tak pernah ambil tahu. Hanyut dengan dunia glamour""Siapa kata Imm tak ambil tahu? setiap kali Imm call mama, selalunya takde pun cakap ada masalah kat dalam umah ni.""Sudahla, sekarang bukan masanya untuk bertengkar begini" suara mama sedikit tersekat."Begini Imm, papa kamu... dia dah kahwin lain"Immanaty tidak menunjukkan reaksi terkejut. Dia sudah lama tahu.******************"Imm kena faham, papa pun tak sangka boleh jadi macam ni""Imm bukan tak faham or tak nak faham. Tapi sikap papa ni buat Imm jadi tak faham. Kalau dibandingkan dengan mama, mama lagi perfect papa. Imm tak tau apa yg papa pandang pada perempuan tu. Entah2 dia cuma nak kan duit papa je. Papa mcm dah tak waras dah buat kepusan mcm ni. Sampai bila papa nak tipu family kita?""Dia bukan mcm tu Imm, dia cuma nak menumpang kasih je""Menumpang kasih?? beza umur dia dengan papa hampir 20 tahun papa?? banyak lagi lelaki sebaya dengan dia kenapa dia pilih papa?? apa yg papa tabur kat dia?? sampai dia tak nak lepaskan papa?""Imm, sudahla, papa taknak persoalkan hal ni lagi dengan Imm"Immanaty memang menemui jalan buntu apabila memilih untuk berdepan dengan papa nya secara bersendirian di luar."Auntie, sory Imm ganggu auntie. Imm nak tanya auntie tentang hubungan auntie dengan papa Imm""I tak nak komen. I dengan papa u dah kahwin. U tak da hak nak campur urusan kami."Immanaty tersentak di situ. Perempuan beginikah yg papa tergila2 kan selama ni. Bukan kerana hartakah kalau dengan begini sekali tingkah laku penuh angkuh?? Immanaty cuma menggelengkan kepala.Lamunan Immanaty tersentak dengan deringan telefon bimbitnya."Hello, Imm, kau nak cuti lagi ke?? banyak show ni""Rita, aku cuti panjang la. Ada family matters yg kena selesaikan. Apa2 nanti aku call lah ok""Jangan2 kau nak kahwin ni tak?? family dah carikan jodoh untuk kau ke?? heheheh?? kalau dah ada jodoh untuk kau, kau pass kan Tengku Amyrul tu kat aku ok""Hahahah,, amiklah Rita. Kalau dia berkenan kat kau, aku pasrah je"Immanaty segera mematikan talian setelah terperasankan wajah tidak puas hati along.Immanaty terus mendengar dengan khusyuk penerangan dari wakil yg dipilih bagi urusan tukar nama harta2 sepencarian antara mama dengan apa.Setelah mendapat tahu yg papa telah berkahwin lain, serta merta segala harta yg dimiliki bersama bertukar tangan kepada mama sepenuhnya.Mama pula menyerahkan segalanya ke atas nama anak2nya. Baginya, kini hanya tinggal masa dia menghabiskan sisa hidupnya bersama anak dan cucu bukan lagi menghitung harta.************************Walaupun Immanaty telah kembali ke Ibukota untuk menjalani tugasan seharian seperti biasa tetapi hatinya masih tidak keruan memikirkan masalah yg menimpa keluarganya kini.Kalau dahulu along sangat menyebelahi papa tapi sekarang along bermati2 an menentang papa kini.Bagaimana agaknya kehidupan papa sekarang.Terdetik pula di hatinya untuk menghubungi papa."Assalamualaikum papa, papa sihat ke?""Wa'alaikumsalam, ada lagi rupanya anak papa ni. Ingatkan semuanya dah tak mengaku papa"Immanaty mengucap dlm hati."Papa sihat ke?""Sihat. Papa dengar rumah tu dah tukar nama pada nama kamu. Rumah tu hasil titik peluh papa, sepatutnya papa dapat hasilnya"Immanaty mengurut dada."Habis papa nak Imm buat apa?""Jual rumah tu, duit kita kongsi dua""Astaghfirulla'al Azim. Mengucap papa! kalau jual mana mama nak tinggal? papa nak pakai duit sangat ke? papa cakap dekat Imm kalau setakat untuk makan pakai tu, InsyaAllah Imm boleh tolong tapi takkan la sampai nak jual rumah""Papa nak pakai 10k. Boleh Imm tolong?""Banyak tu? papa nak buat apa sebenarnya ni? mcm ni lah, Imm tolong apa yg termampu je. Nanti apa2 Imm call papa, jumpa papa, ok. Assalamualaikum"Immanaty termangu seketika.Dahulu, papa sangat tidak berkenan dengannya. Katanya, Immanaty tidak pandai belajar, suka melepak, suka pakai pakaian yg season yg koyak2. Papa selalu membebel2 melihat telatah Immanaty yg nakal.Papa selalu membanggakan along, tapi sekarang papa seolah2 tiada tempat untuk mengadu lagi. Inilah yg dikatakan sendiri mencari masalah.****************Sayang, u kenapa? fikiran melayang2 je?"Tengku Amyrul sedikit gusar."Sejak u balik ni, u macam tak tenteram je. Atau u dah ada boyfriend baru ni??""Ish, u ni. Keje macam i ni, nak cari boyfriend pun tak sempat tau. Takda lah, i segan nak cerita family problem dengan u""Kenapa nak segan pulak? kalau i boleh tolong, i tolong ok. I promise. I tak kisah la"Immanaty bersyukur sangat2 kerana Tengku Amyrul sangat memahaminya.Walaupun, berbeza darjat, tapi tingkah laku Tengku Amyrul sangat low profile. "Sayang, i ada good news untuk u""Apa?""I dah jumpa mana papa u duduk. Nanti i temankan u pergi sana ok"Wajah Immanaty sedikit ceria."Papa?""Imm?""Kenapa papa tak bagitau Imm, yg papa sakit? auntie mana?""Dah sebulan auntie tak balik. Papa tak tau mana dia pergi""Imm, bawak papa balik rumah kita ya, rumah mama""Jangan Imm, papa malu""Jangan mcam tu papa, kita balik ya"Sayunya hati Immanaty melihatkan papanya yg semakin kurus."Macam mana Imm boleh tau papa ada kat sini?""Amyrul yg cari""Terima kasih Amyrul""Sama2 uncle""Terima kasih kerana jaga Immanaty dengan baik sekali. Kalau uncle yg jaga dia, tentu bukan begini jadinya Immanaty."ada nada kekesalan lahir di situ.Immanaty memahami maksud papa itu. Papa memaksudkan along sebenarnya. Anak kesayangan papa yg telah membuang jauh dirinya dari lubuk hatinya.Setibanya di rumah, kelihatan seperti keadaan kembali sediakala. Immanaty terpinga sebentar.Mama menyambut papa dengan mesra sambil mencium tangan papa memohon ampun, diikuti along, angah dan abg uda.Immanaty sedikit hairan."Sayang, ini hadiah father's day dari i"air mata Immanaty berlinangan di pinggir kelopak mata.Tidak sama sekali dia menyangka bahawa Tengku Amyrul melakukan semua ini demi keluarganya yg hampir musnah dahulu."Selama hari bapa, papa"ujar Immanaty sambil menyalami papa."Papa berdosa pada semua, maafkan papa"Walaupun hari bapa jatuh dua minggu lagi, tapi bagi Immanaty, mereka telah menyambutnya pada hari itu.Immanaty juga telah melepaskan kerjaya sebagai modelling dan menguruskan perniagaan keluarga dan demi menumpukan perhatian kepada keluarga.Matlamatnya sekarang adalah hidup berkeluarga. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Immanaty tidak sanggup.
COKLATRutin harianku selepas waktu bekerja tidak lengkap rasanya kalau tidak pekena coklat M&M peanut (cair di mulut tidak di tangan) hehehehehe ...Walaupun usia dah menginjak 26 tahun tapi habit yg satu ni susah betul aku kikis. Terasa penat waktu bekerja tu hilang bila dapat menikmati cairan coklat M&M di dalam mulut. Wah ,, hampir meleleh dah air liur aku ni, heheheeh ...Aku memberhentikan keretaku di tepi 7eleven. Target aku ialah coklat coklat coklat M&M.Alamak, tinggal sebungkus je ? cukup ke ?, aku mula berasa ragu2. Sebaik sahaja tanganku hendak mencapai bungkusan coklat yg tinggal sebungkus itu, tanganku berlaga pula dengan tangan seseorang yg juga mahu mengambil bungkusan coklat yg sama.Aih, kena berebut ke? hurm, siapalah gerangan manusia yg berani nak merebut coklat dengan aku ni.Aku mendongak mencari tuan punya tangan.Mak aih,, besarnya brader ni, mcm body builder. Aku terus terkelu di situ. Kalau nak compared aku dgn brader tuh, mcm nombor 1 dengan nombor 0 = 10 hehehehhe...Aku mengorak langkah meninggalkan 7eleven itu tanpa menoleh ke belakang lagi. Takutnya aku. huuuu....Tak dapatlah aku makan coklat harini. Mmmmm....*******************GYMHarini aku rasa begitu rajin pula untuk pergi ke mini gym berhampiran dengan rumahku.Nama je menjadi ahli, tapi jarang sekali aku mengikuti aktiviti yg dikelolakan oleh mini gym itu. Mungkin aku terlalu sibuk bekerja.Baru je aku duduk di salah satu peralatan yg terdapat di dalam mini gym itu, tiba-tiba satu suara kedengaran dari arah belakangku."Nak cuba ke?"Aku menoleh.Alamak, macam mana brader body builder tu boleh ada kat sini.Aku mula menggelabah. Tak tahula apa yg tak kena. Aku memandang tag nama yg tertera di baju brader itu.Darill.Dia bekerja di situ rupanya."Err... maafkan saya, saya terlupa saya ada temujanji sekejap lagi. Saya kena pergi"Aku tergesa-gesa meninggalkan mini gym itu. Rasa tidak keruan sungguh."Eh, cik, ni kad nama saya. Kalau nak buat temujanji boleh call dulu ok"Aku mengambilnya acuh tak acuh.Kenapa la aku asyik bertembung dengan brader ni ajer... Dah tu pulak buat aku menggelabah macam ni. Tak selesa sungguh.*****************KERETAPenat sungguh hari ni.Bekerja di industri perhotelan memang memenatkan. Terpaksa senyum sepanjang waktu bekerja, dengan memakai kasut tumit tinggi lebih dari 8 jam sehari. Kadang2 terpaksa stayback jika occupancy hotel tinggi.Terpaksala pulang lewat malam. Nak buat macam mana kan, dah bidang ni yg aku pilih terpaksala terima.Aku yg suka bekerja dengan org ramai.Setelah tamat waktu bekerja, aku pun mengorak langkah ke tempat letak kereta.Dari jauh aku dah nampak dah kereta aku senget.Hurm, kuamati betul2.Memang sah tayarnya pancit. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Badan pun dah terlampau letih.Aku berjalan ke lobi pula untuk meninjau ninjau kot2 ada sesiapa yg boleh aku tumpang balik ke rumah.Manisha!!"Manisha, kereta aku pancit lah, boleh tak aku tumpang kau?""Boleh, sekejap lagi abang aku datang, aku tunggu kat sini ok"Aku pun menarik nafas lega dan terus mendapatkan kaunter security untuk memaklumkan tentang keretaku yg terpaksa aku tinggalkan di kawasan letak kereta.Setelah selesai, aku segera menuju ke arah tempat Manisha menunggu tadi.Manisha telah pun masuk ke dalam kereta.Aku pun dengan segera masuk ke tempat duduk belakang."Nasib baiklah kau ada Manisha , dapat jugak aku menumpang balik"Tiba2 aku terperasankan sepasang mata memerhati dari cermin pandang belakang.Ya tuhan!"Esok saya tolong awak baiki tayar kereta awak tu ok"Suara itu datangnya dari tempat duduk pemandu.Dengan penuh debaran aku menganggukkan kepala seraya mengucapkan terima kasih.Apakah hidup ini penuh dengan kebetulan??*******************JATUH CINTA"Awak tengok cara2 tukar tayar ni ok. Nanti lain kali senang awak boleh buat sendiri ok"Aku mengangguk laju.Begitu tekun aku memerhati dan mempelajari cara2 menukar tayar kereta.Senang rupanya.Setelah memerhati dari mula sehingga akhir, aku yakin bahawa aku boleh mengelolakan sendiri kelak.Apabila semuanya telah selesai, Daril menyimpan kembali peralatan2 yg digunakan ke dalam but kereta.Secara tiba2 dia tertawa."Siapa yg bertungkus lumus menukar tayar ni? sy ke awak??"Sakan sungguh dia menggelakkan aku sehingga tubuhnya yg sasa itu terhinjut2 menahan tawa.Aku bingung di situ.Darill menarikku ke cermin kereta.Ya tuhan! tayar kereta ni punya pasal lah ni. Habis celoreng2 hitam muka aku yg cute ni dibuatnya. Patutlah Daril mentertawakan aku. Jatuh saham aku, cis.Dalam pada malu ditertawakan oleh Daril itu, aku juga dapat merasakan bukan sahaja aku jatuh saham tapi aku juga telah jatuh cinta.Hehehhe,, kepada brader yg dulu aku sangat takutkan kerana saiz badannya yg dua kali ganda lebih besar dari aku ... hehehhe ...****************PATAH HATIHari ni aku nak ajak Daril lunch bersama. Sengaja aku tidak memberitahunya terlebih dahulu.Nak buat surprise la konon ni.Nak jadi romantik la konon.Masuk je ke mini gym tempat Daril bekerja, langkahku mati dengan tiba2.Mataku terpaku melihatkan Daril sedang melayan seorang gadis.Cantik, sangat cantik. Tergugat aku melihat kecantikan gadis itu.Tiba2 aku tersedar.Kerjaya Daril sebegitu membolehkan Daril bertemu pelbagai gadis tiap2 hari.Dan mana mungkin aku mampu mengawal api cemburu.Mungkin sekali dua, Daril tidak terpikat.Tapi jika berhari-hari mungkin Daril akan terpikat dan berubah hati juga suatu hari nanti.Aku memutuskan untuk beredar dengan ego dan cemburu yg membuak2.Kedengaran suara Daril memanggil namaku, tapi tidak ku endahkan."Tasya, awak kena faham kerjaya sy sebagaimana sy memahami kerjaya awak. Awak ingat sy tak ada perasaan cemburu melihat awak bekerja?"Talian kuputuskan.Aku tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.Aku tidak mahu menanggung risiko di masa akan datang.Masalah terbesarku sekarang ialah, bagaimana aku dapat menghindari ingatanku daripada mengingati Daril.Memandang coklat M&M kegemaranku, ingatanku terus kepada Daril.Memandang tempat kerja ku juga aku ternampakkan bayangan Daril menungguku balik kerja.Memandang keretaku juga aku terkenangkan memori menukar tayar bersamanya.Hendak pulang ke rumah, ku harus melalui tempat kerja Daril terlebih dahulu.Betapa semua ini menyesakkan hati dan jiwaku. Aku perlu berbuat sesuatu.********************KAHWINKeputusan ku untuk menerima lamaran Imran teman sekuliah ku dahulu sangat mengejutkan semua.Aku begitu nekad melupakan Daril. Aku sendiri tidak tahu kenapa hanya kerana tidak dapat menerima persekitaran kerjaya Daril, dengan begitu mudah aku mengambil keputusan senekad ini.Mungkin itu sudah jodohku."Tasya, kau yakin ke dengan keputusan kau ni?" soal Lily, teman sekerjaku.Aku mengangguk sambil tersenyum.Perkahwinanku berlangsung dengan sempurna sekali.Sedar tak sedar, aku juga telah berbadan dua. Setelah bergelar seorang isteri, aku memutuskan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.Daril?Aku pun tidak tahu tentangnya.Terakhir, ku dengar dia juga telah berkahwin tidak berapa lama selepas majlis perkahwinanku.Kecewakah dia?? merajuk hati kah dia.Entahla. Aku harap semuanya baik2 sahaja.*****************SEMULABanyak keperluan dapur telah habis. Nak tak nak terpaksalah aku ke kedai juga untuk membelinya.Imran outstation dua hari, mungkin esok baru pulang.Terpaksalah aku membawa perut yg memboyot ni membeli belah.Gula, kicap, telur, bawang, roti ... hurm, ape lagi ye yg nak beli ni. Aku meninjau2 lagi. Tiba2 aku terpandangkan coklat M&M kegemaranku. Aku tersenyum sendiri.Pantas je tanganku mahu mengambil bungkusan coklat itu dan saat itu juga tanganku berlaga dengan tangan seseorang. Segera memori lama menjelma di ruang ingatanku, dadaku turut berdebar-debar. Perlahan ku angkat wajah untuk melihat tuan punya tangan yg berebut coklat denganku itu.Daril !!!Aku terkesima di situ, terus memori ku mengimbau semula kenangan antara aku dan dia.Aku segera menyedarkan diri."Ambillah tasya, kali ni, awak lebih berhak mengambilnya. Tak sampai hati rasanya nak berebut dengan mak buyung seperti awak ni"Daril mengusikku.Aku masih lagi kelu sama seperti kali pertama aku berjumpa dengan Daril dahulu."Mari saya tolong bawakan barang2 awak ni, berat tu""Tak mengapa, saya boleh bawa sendiri""Auntie, nak Thaqif tolong?"suara mersik kanak2 itu begitu mengusik naluri keibuanku. Mungkin disebabkan aku sedang sarat mengandung, aku mengalah kepada kanak2 itu.Berkenan sungguh aku kepada Thaqif, comel dan keletahnya begitu menawan hatiku. Siapakah gerangannya Thaqif itu sebenarnya."Thaqif itu siapa sebenarnya?"soalku, tidak tahan bermain dengan soalan yg menerjah di onak fikiran."Thaqif tu anak arwah Manisha. Selepas Manisha meninggal, saya mengambil alih hak penjagaan Thaqif"Berat dadaku tatkala mendengarkan perihal Manisha yg telah meninggal dunia. Sebak sungguh tatkala melihatkan Thaqif yg leka bermain."Thaqif panggil auntie mama boleh tak?""Boleh sayang"Balasku sambil memeluk Thaqif erat."Isteri awak mana?""Ada""Oklah , saya terpaksa pulang dulu, jumpa lagi, bye Thaqif"*****************TANIA & THAQIFTania, anak sulungku sudah petah berbicara walaupun kadangkala sukar memahami perkataan yg disuarakan.Bagiku , dia lah racun dan dia jugalah penawar hidupku. Terasa cepat waktu berlalu."Sayang, abang cemburulah bila dengar Thaqif panggil sayang mama dan Tania panggil Daril papa"Imran mencium ubun-ubunku mesra."Abang, tak baik tau ckp mcm tu. Thaqif tu anak yatim piatu, tentunya dia nak rasa gembira seperti kanak2 lain lebih2 lagi di hari raya sebegini""Tapi, abg rasa Daril tu masih sayangkan sayanglah""Abang, sayang tu ada macam2 jenis sayang tau, sayang yg dihulur tanpa mengharapkan apa2 balasan pasti akan mendapat keredaan Nya"Kedengaran salam dari ruang tamu.Aku menyambut girang ketibaan Daril , Lily dan Thaqif. Thaqif telah ku anggap seperti anakku sendiri.Suasana aidilfitri kali ini terasa sungguh meriah dan kurasakan keluargaku bertambah besar dengan adanya Daril, Lily dan Thaqif.Sayang Daril terhadap Tasya adalah selamanya. Cinta tidak semestinya bersatu dan menyayangi tidak bererti memiliki.Begitulah diibaratkan kasih sayang mereka ini. Tiada perasaan dendam atau cemburu buta demi menjaga sbuah ukhwah.Bagi Imran dan Lily, walaupun mereka berada di tengah2 kasih dan sayang tetapi mereka tetap bersyukur kerana masih berpeluang menikmati perasaan itu dan begitu menghargainya.
Merenung ke luar jendela, Karisa terasa kosong, hambar dan kaku.Karisa memaksa dirinya untuk kembali fokus terhadap tugasan yg perlu di siapkannya itu. Karisa harus menyiapkan tugasan itu segera.Jika tidak, esok dia terpaksa menghadap muka En. Sabri, assistant managernya.Report tugasannya dibiarkan bergelimpangan di atas meja tulisnya.Karisa kembali merenung ke luar jendela, masalahnya sekarang ialah dia telah kehilangan fokus.Arghhh...!! apa dah jadi dengan aku ni??? Karisa membentak sendirian.Tugasannya kali ini merupakan impian dan harapannya selama ini, mana mungkin dia boleh kehilangan fokus.Jika tugasannya ini berjaya, En. Sabri telah berjanji untuk menyokong permohonan kenaikan pangkat untuk dirinya. Bukan setakat naik gaji dan gred tapi Karisa mengidamkan proses pertukaran dirinya ke cawangan lain. Itu sebenarnya harapan Karisa.Tapi,"Karisa, Emran warded. Sy harap sangat awak dapat meluangkan masa menjenguk dia di hospital. Tak henti2 dia menyebut nama awak Karisa"Kata2 Eqram tempohari membuatkan Karisa hilang fokus.Ingatannya tertumpu kepada Emran. Bagaimanakah keadaan Emran sekarang."Karisa, janganlah terlalu pentingkan diri sendiri ! tolonglah prihatin terhadap perasaan org lain jugak. Buanglah ego setinggi gunung awak tu""Apa?? awak kata sy pentingkan diri sendiri ?? awak fikir betul2 Eqram, siapa yg pentingkan diri sendiri sebenarnya??awak pun tahu kan betapa sy sygkan Emran mcm darah daging sy sendiri??tapi disebabkan sikap awak Eqram, mementingkan diri sendiri, awaklah orangnya yg memisahkan sy dari Emran... awaklah orgnya !!!!setelah awak memusnahkan segalanya dan hari ni tiba2 awak dengan mudah meletakkan kesalahan diatas bahu sy?"Airmata Karisa tidak tertahan lagi, menitis juga membasahi kertas2 yg berlambak2 diatas meja tulisnya.Segera dia mencapai tisu untuk mengeringkannya semula.Dakwat pen mula mengembang di atas kertas.Arghh !!! Karisa betul2 tertekan.******************************"Karisa, kenapa you beria2 sangat nak transfer ni?"Soalan En. Sabri membuatkan Karisa sedikit tergagap."Er... Sy sebenarnya ... nak mencari lebih penalaman En. Sabri"Karisa pun tidak pasti samada jawapannya itu boleh diterima akal atau pun tidak."Sy dah sokong permohonan awak, dalam seminggu dua lagi awak akan terima surat transfer ok. Good luck Karisa. Sy tahu awak sangat berpotensi dan komited terhadap kerja2 awak. Jgn sia2kan peluang ni ok"Karisa sangat bersyukur mendengarkan status permohonan kenaikan pangkatnya itu.Dia ingin segera ditukarkan. Tidak sabar rasanya untuk meninggalkan daerah ini. Sebuah daerah yg meninggalkan memori yg sangat mendalam dalam hidupnya.Sudah tiba waktunya untuk Karisa mengundurkan dirinya meninggalkan daerah ini untuk memulakan sesuatu yg baru.Namun ingatannya masih tidak putus mengingati Emran."Karisa, sy merayu pada awak, tolonglah menjenguk Emran walaupun sekali cuma. Jangan kerana dendam awak terhadap sy, Emran yg menjadi mangsa. Emran perlukan awak Karisa !"Kata2 Eqram masih terngiang2 di cuping telinganya.**********************"Karisa, sy nak kenalkan awak dengan seseorang""Siapa Eqram?""He is so special to me"Eqram menuding ke arah seorang kanak2 lelaki yg berada dlm lingkungan umur 6 tahun.Ahmad Emran b. Ahmad Eqram.Kanak2 itu sedang leka bermain tanpa menghiraukan kehadiran Karisa di situ.Tubuhnya kurus dan wajahnya pucat lesu namun di bibirnya sentiasa menguntumkan senyuman.Manis sekali."Emran, salam auntie Karisa""Hi, auntie"ujar Emran mesra.Sedang Karisa sibuk melayan keletah Emran, Eqram mengeluarkan sebuah kotak kecil.Tumpuan Karisa beralih kepada Eqram.Rasa ingin tahu begitu membuak2 di dalam diri Karisa pada ketika itu.Sejurus terpandangkan papanya mengeluarkan kotak tersebut, Emran terus merapati papanya sambil menarik bajunya ke atas menampakkan pusatnya."Ya tuhan !!"Hanya kata2 itu yg mampu terkeluar dari mulut Karisa ketika itu.*******************Karisa termenung di sisi katil.Frame gambar saat dia bersma Eqram dan Emran di tatapnya sayu. Saat merakamkan kenangan itu merupakan detik2 bahagia mereka bersama dahulu.Karisa yg telah sanggup menerima Eqram sebagai insan yg teristimewa di hatinya dan juga menerima status bapa tunggal kepada seorang anak lelaki yg comel, Emran.Emran pula telah di sahkan sakit kencing manis sejak lahir lagi.Terpaksa bergantung kepada ubat dan suntikan insulin serta mengawal pemakanannya sepanjang masa.Doktor telah mengesahkan bahawa Emran hanya mampu bertahan sehingga usianya mencecah 20 tahun melainkan terjadinya satu keajaiban.Karisa telah menyerahkan seluruh hidupnya demi menjaga Emran dan Eqram.Teguh kasih dan sayang terhadap mereka berdua tiada berbelah bahagi.Walaupun di ulit kesibukan bekerja di sebuah Resort terkemuka, Karisa sentiasa peka terhadap penjadualan Emran seharian.Dia tidak pernah sekali2 mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri Eqram dan ibu muda terhadap Emran.Karisa telah menganggap Emran seperti anaknya sendiri, sehingga dia enggan menimang zuriat sendiri dalam masa terdekat kerana bimbang tidak dapat memberi perhatian terhadap Emran.Emran di rasakan seperti nyawanya. Begitu juga Eqram.3 tahun Karisa mengabdikan dirinya demi menjaga keluarganya itu.Berulang-alik ke hospital memantau perkembangan Emran setiap minggu.Karisa tidak pernah sekali-kali merungut kerana dia amat memahami komitmen Eqram lebih tinggi sebagai ketua keluarga. Dia rela menggalas bebanan itu demi kesenangan mereka bersama.Namun,Pengorbanan yg diberi, tuba yg dibalas.Karisa masih ingat lagi detik2 hitam yg membuatkan dia berasa dunianya terhenti serta merta.Sedang dia bersusah payah membawa Emran ke hospital, dadanya tiba2 di rasakan berkecai2 saat terpandangkan Eqram dengan mesranya memimpin seorang wanita sarat mengandung di hadapannya.Hatinya luluh melihatkan itu.Dunianya terasa gelap gelita dan matanya berpinar2.**********************"Ini yg awak balas atas kebaikan sy Eqram. Sy tak sangka awak sanggup buat sy mcm ni. Senyap2 awak berkahwin lain. Apa salah sy? apa dosa sy? sy tak boleh terima Eqram, sy tak boleh terima semua ni. Sy akan tuntut cerai di mahkamah""Awak buatlah apa yg awak suka Karisa"betapa egonya Eqram waktu itu."Tapi sy mohon hak penjagaan Emran. Sy cuma ada Emran aje dlm hidup sy sekarang. Sy tak boleh bayangkan hidup sy tanpa Emran. Awak akan dapat anak baru dengan perempuan tu, jd tak salah sy mengambil hak penjagaan ke atas Emran. Emran perlukan sy"Karisa terus menangis."Awak jangan melampau Karisa, jangan mimpi untuk mendapatkan hak penjagaan Emran. Sy tak pernah suruh awak tinggalkan rumah ni tapi since awak yg pandai2 nak menuntut cerai di mahkamah, so silakan, sy takkan halang. Awak buatla sesuka hati awak. Seperkara lagi, Emran bukan darah daging awak. Emran anak sy, awak kena ingat tu sampai bila2"Karisa terus menangis tanpa henti.**************************Karisa menarik nafas lega.Kini dia akan memulakan kehidupan yg baru di tempat baru.Dia akan cuba berusaha melupakan cerita2 lama. Dia yakin dia mampu melakukannya."Karisa, ada panggilan telefon dari HQ"Karisa segera menerima panggilan tersebut setelah di interkom oleh receptionist."Karisa, ada pesanan dari En. Ahmad Eqram Muhaidin untuk awak"Karisa begitu tekun mendengarkan pesanan yg disampaikan oleh En. Sabri itu.Terjelepuk dia ke lantai. Duniannya gelap.Karisa meraung sekuat hatinya.**************************Karisa mengenggam erat ketulan tanah yg basah dan masih merah itu.Karisa tidak dapat menerima pemergian Emran yg begitu mengejut itu.Sebak menguasai dirinya ketika itu.Karisa menyalahkan dirinya sendiri. Karisa dihambat sesalan.Tuhan,Kau telah ambil nyawa insan yg paling aku sayang.Satu2nya yg tertinggal untukku adalah Emran.Emran masih muda, belum sempat pun merasai pahit maung sebuah kehidupan.Aku pasrah ya Tuhan...Apakah lagi yg tinggal untukku kini?Emran,Maafkan ibu, ibu berdosa sayang, kenapa Emran tinggalkan ibu?Karisa terus meratapi di pusara Emran.
Carl berbaring malas di katilnya. Tangannya pula meraba-raba laptop yg sedia ada terbuka di atas katil. Terasa buruk pula perangai meraba laptop sambil menelentang, Carl meniarap pula sambil menarik laptop supaya dekat ke sisinya.Bosan menggamit diri membuatkan Carl mencari-cari idea untuk menghilangkan rasa itu.Di halaman friendster nya terlihat wajah seseorang.Kenapa aku macam kenal je gadis ni ye.Carl terus menjelajah halaman gadis itu. Dia bagaikan tersentak seketika seakan tidak percaya. Lama dia merenung raut wajah gadis itu. Memorinya mula pantas memutarkan kenangan silam lebih kurang lapan tahun dahulu."Carl, aku nak balik KL malam ni, boring lah. Kau balik ke tak?" soal Faris.Carl masih termenung di hadapan laptop nya tanpa mengendahkan soalan Faris.Faris pula malas nak mengulang kembali soalan lantas dibiarkan sahaja temannya itu bersendirian. Lantak kau la Carl. Kau nak balik , pandai la kau balik nanti.Carl terus menghubungi teman satu sekolahnya dahulu. Nina, hanya Nina yang mampu menyelesaikan persoalan yang bersarang di benaknya waktu itu."Hello, assalamualaikum Nina. Aku ni Carl""Wa'alaikum salam, aku cam dah kau. Kenapa call aku? Kau kat mana?""Aku kat Penang lagi. Aku call ni sebab aku nak tanya kau sikit la Nina. Nak minta tolong sikit""Minta tolong? kau ni macam2lah, ha, apa dia? cakap dulu baru aku boleh tau aku boleh tolong ke tak""Er, aku .. aku nak tanya kau , kau kenal Hani tak?""Hani mana ni? kenapa dengan Hani tu?""Hani yg ada dalam friend list kau ni ha, tadi aku belek2 , aku nampak muka dia, tu yang aku tanya kau ni""Owh, kitorang panggil dia manjer. Kenapa dengan manjer tu??""Dia kat mana sekarang ye?""Dia kat KL lah, kerja. Kenapa?""KL?"Setelah mendapat maklumat daripada Nina teman baik sejak waktu sekolah dahulu, Carl terus mengemas barang-barangnya. Bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hani ... hanya nama itu sahaja yang bermain dalam fikirannya ketika itu."Oi, aku ingat kau tak balik?" soal Faris terkejut melihat telatah Carl."Aku ada hal sikit lah. Jumpa next week"Carl memandu dengan fikiran yang sedikit gelisah. Bagaimana dia harus memulakan segalanya.Carl terkenang kembali kenangan waktu persekolahan , cerita antara dia dan hani atau lebih dikenali sebagai manjer di kalangan teman2.Sewaktu berada di sekolah berasrama dahulu Carl merupakan pengawas asrama. Nak kata dia seorang yang berkaliber tidak juga. Biasa aje.Tapi dalam sukan bola, dia sangat berbakat. Mungkin disebabkan keaktifan itu membuatkan Carl terpilih sebagai pengawas asrama.Data-data penghuni asrama semua menjadi mainan Carl. Dia boleh hafal setiap data pelajar asrama.Pagi rutinnya ke kelas dan waktu petang dia ke padang bermain bola, pada malam harinya dia berada di bilik pengawas asrama.Dibilik pengawas itulah nama Hani muncul dalam hidupnya.Data yang tertulis di biodata gadis itu menarik perhatiannya. Hani Marsila Hamzah. Gambar yang tertampal di biodata itu menjadi teman tidurnya. Entah kenapa dia begitu tertarik kepada gadis itu.Waktu pagi, Carl menjadi paling awal ke kelas untuk memerhatikan gadis itu.Petang sewaktu makan petang di dewan makan sebelum dia menjalani latihan bola sepak di padang juga merupakan waktu dia berpeluang melihat wajahnya.Pernah sekali Carl ter bertembung dengan Hani secara tiba-tiba , dan secar tiba2 juga dia menjadi keras berdiri tegak dan kelu terus lidahnya untuk berkata-kata.Hani Marsila, wajah nya ayu, manis dan tenang walaupun tidak secantik gadis yang menjadi rebutan pelajar lelaki lain di sekolah waktu itu. Tapi pada Carl, Hani mempunyai daya tarikan tersendiri.Tapi, Carl hanya mampu memandang di kejauhan, perasaan suka itu di pendam sahaja di dalam hati.Dan kini, sedar tak sedar lapan tahun telah berlalu. Carl tidak mahu melepaskan peluang yang telah datang kali kedua ini.******************************"Tiba2 balik kenapa?" soal Razif teman lepak nya."Saje je, bosanlah keje ajer""Ha tu la, aku suruh kau cari awek ko tak nak""Bukan tak nak lah, aku tak jumpa je lagi""Meh aku bagi tips kat kau. Kau cari sorang perempuan lepas tu, kau get closed dengan dia start dengan kawan. Then, kalau kau rasa boleh pergi barula kau go to the next level"Carl cuma tersengih kerang je di meja kedai mamak tu sambil menghembuskan asap rokok."Ok lah geng, aku ade date ni, kau jangan lupa cari perempuan heheheheh"Carl tersengih lagi.Carl mula berfikir2 bagaimana caranya untuk bertemu dengan Hani. Dia perlu merancang sesuatu.Selepas membayar minuman, Carl terus melangkah ke kereta. Hala tuju masih tidak diketahui lagi.Selepas merayau-rayau tidak punya hala tuju , tiba2 kereta yg di pandu Carl berada betul2 di hadapan office Hani Marsila. Serta merta dadanya berdebar kencang.Diamati jam di pergelangan tangannya itu, tepat pukul 5.Mungkin Hani akan keluar sebentar lagi.Dia terus memerhati.Dah gila agaknya aku ni, desis hati Carl.Betul ke apa yg aku buat ni? Ish teruk betul lah tindakan luar kawal. Mcm mana ni? Nak buat apa? Aduh , tiba2 je aku tak tau ape nak buat ni.Carl memberanikan diri keluar dari kereta untuk menyapa Hani."Hani!"Hani menoleh terkejut."Ye? boleh saya bantu?"Carl sedikit gugup tetapi cuba mengawal keadaan sebaik mungkin."Hani, aku lah. Carl"Hani menggelengkan kepala tanda tidak dapat mengingati namanya.Carl tersenyum mesra."Chup, Carl Iskandar? pemain bola sekolah dulu?"Carl tersentak. Nampak gayanya ingatan gadis ni boleh tahan jugak.Carl mengangguk laju."Alahai , aku suka sangat tengok kau main bola dulu. Kau buat ape kat sini? Jom la kita gi minum dulu""Owh ye ke. Aku kan star tentula ramai peminat kan heheheheh, aku ada keje sikit kat sini. Jom ar naik kete aku, kita gi minum kat tempat lain"Nampaknya Hani mesra orgnya, jadi lebih memudahkan untuk Carl mengatur strategi dari jangkaannya sebelum ni. Hati Carl terasa riang.Macam2 perkara yg diborakkan sehingga lupa waktu berlalu begitu pantas.Walaupun mereka tidak pernah bertegur sapa waktu persekolahan dulu, tapi mereka tetap boleh bergaul mesra spt telah lama berkawan baik."Aku hantar kau balik ye. Rumah aku pun tak jauh dari rumah kau.""Eh, tak ape ke Carl? Tak menyusahkan kau ke? Aku risaulah menyusahkan" wajah Hani sedikit kebimbangan."Jgn risaulah, satu jalan je"**********************Aku membelek album2 lama. Entah kenapa aku tergerak menggeledah bilik stor tu semata2 nak cari album waktu sekolah dulu.Bukan setakat berhabuk, berlipas, bertelur cicak semua pun ada. Terbatuk2 jugaklah aku kat dalam stor tu."Hani? kamu buat apa dalam stor tu? Jgn buat sepah sudah lah, penat mama kemas"Aku mendiamkan diri sahaja di dalam stor, malas nak dengar mama berleter.Setelah jumpa apa yg aku cari, aku terus masuk ke bilik.Aku membelek kembali satu persatu wajah teman lama di sekolahku.Dan akhirnya aku terlihat gambar Carl Iskandar yg aku terjumpa siang tadi.Tak sangka kecilnya dunia.Dahulu aku selalu duduk di tepi padang memerhatikan pasukan sekolah bermain dan menjalani latihan. Antara nama yg sering bermain di bibir para gadis adalah Carl.Bukan kerana wajahnya tapi kerana kehebatannya beraksi di padang. Seketika kemudian aku menggaru2 kepala.Mcm mana pulak dia kenal aku ye? Sedangkan masa sekolah dulu langsung tak pernah bertegur sapa apetah lagi berbual mesra spt tadi.Aku ingatkan aku je yg kenal dia. Hurm, pelik jugak ye. Tapi tak mengapa lah.Aku mengeluarkan gambar pasukan bola itu dan meletaknya di dlm frame menggantikan gambar comot kucing kesayangan ku."Hani , telefon!" jerit mamaAku bingkas bangun tergesa-gesa.Argh, pasti Reza yg menelefon untuk memujuk aku. Siang tadi dia berjanji untuk mengambil aku di office tapi batang hidung pun tak kelihatan. Mujur aku terserempak dengan Carl. Boleh jugak menumpang balik. Nak harapkan si Reza, hurm berjanggut kambing bermisai kucing lah jawabnye.Aku menyapa di talian dengan kasar."Sorryla sayang, abg bz sangat tadi""Takpe lah. sy pun dah selamat sampai rumah dah pun""Balik naik ape tadi?""Tumpang kawan""Kawan? kawan mana? lelaki ke perempuan?""Tak payah banyak tanye lah, sendiri punya salah, sengaja pulak nak cari salah org"Talian aku putuskan. Naik menyampah aku dengan perangai Reza. Tak pernah berpegang pada janji.Lagipun sebenanya perhubungan aku dengan Reza tidak mendapat restu kedua org tua aku. Kalau aku berjumpa pun senyap2 je. Malas banyak cerita. Terlebih cerita kang kena cas anak durhaka pulak. Baik diam2 aje.Org tua aku kata wajah Reza tak menampakkan kematangan dan masih lagi tidak senang untuk memikul tanggungjawab. Walaupun aku mengakui kata2 itu benar tapi untuk menerima nya agak sukar sebb aku dah jatuh cinta kan.Aku melayari internet. Kelihatan Carl meninggalkan pesanan di friendster. Aku tersenyum seorang diri.**********************"Abg, sudah2 la, Hani dah penat tau. Dah berapa lama kita berkawan, masalah kita masih sama. Abg tak pernah menunaikan janji lepas tu tak habis2 masalah perempuan. Hani dah letih lah abang""Dulu Hani tak kisah pun kenapa tiba2 sekarang pulak bising? Ni mesti ada kena mengena dgn kawan yg hantar Hani balik tu kan?""Eh, sudahla abang, Hani dah malas dah""Ok, lepas ni jgn cari abg dah"Walaupun air mata bergenang tapi aku kena jugak bertahan. Sampai bila aku asyik nak dengar cakap dia je. Mungkin betul kata mama, Reza tak sesuai langsung untuk aku. Malas dah aku nak berfikir berat2. Dah cukup banyak peluang aku beri untuk dia.Telefon ku berbunyi menandakan kiriman sms dari Carl."Jom ikut aku main futsal"Hurm, daripada aku kesunyian duk fikir pasal Reza je lebih baik aku ikut si Carl. Sekurang2nya aku dapat kawan baru. Tak lah dunia aku terhad je."Amik aku pukul 8 mlm ni ok""Roger gadisku"Aku tersenyum melihat kiriman sms dari Carl. Gadisku? Hahahhaha. Mcm2 la perangai si Carl ni. Eh, jgn2 dia dah jatuh hati kat aku tak?Eh, mintak simpanlah.Mlm tu di sport centre, turut kelihatan adalah Nina."Manjer? Kau datang dengan siapa ni?" Jerit Nina"Aku datang dengan Carl"Nina berkerut dahi. Kemudian memandang ke arah Carl. Carl mengenyit mata ke arah Nina seolah-olah menyembunyikan sesuatu.Tapi aku tidak kisah sangat sebab terlampau khusyuk memerhati mereka bermain futsal. Dah lama rasanya aku tak keluar dan merasai kegembiraan sebegini. Kalau nak mengharapkan si Reza bawak aku jalan2 makanya bermimpi di siang hari lah jawabnya."Lama betul aku tak jumpe kau manjer""A'a , aku jarang keluar""Kau ni pun, si Reza tahu tak kau keluar ni?"Aku cuma menggelengkan kepala."Itulah kau, sejak kau kawan dengan Reza, kitorang pun kau dah lupa. Alasan takut Reza marah. Ni, kau keluar ni macam mana? Dgn Carl pulak tu? Reza macam mana?"Aku cuma mengangkat bahu.************************"Carl, aku ada hal sikit nak cakap dengan kau" ujar Nina.Carl mengelap peluh yg mengalir hangat di dahinya."Aku rasa mcm tak sedap hati la, bukan aku larang kau bawa si Manjer tu tapi aku nak peringatkan kau yg si Manjer tu ade boyfriend. Aku tak nak lah nanti ada yg bergaduh sesama kita. Korang kawan2 aku jugak""So?""Kau tak payahla tunjuk lagak depan aku Carl. Dari cara kau pandang Manjer, aku dah tau yg kau suka kan dia kan?"Carl meneguk liur yg terasa pekat untuk di telan."Tapi, dia kan kawan kita? Apa salahnya aku bawak dia, tak lah dia bosan sangat duduk rumah""Hati2 dengan Reza tu"Carl langsung tidak mengendahkan kata2 Nina. Asalkan dapat membuatkan Hani tersenyum itu sudah cukup puas baginya."Auntie, saya pulangkan anak auntie""Terima kasih Carl. Nanti ada masa datang la makan2 kat rumah auntie ye"Carl mengangguk laju.Malam ni dia akan kembali ke Penang. Kerja2 pasti sudah menimbun di atas meja.Demi mencuri hati Hani Marsila, dia sanggup memohon cuti agar dapat meluangkan masa bersama Hani.Seterusnya plan di atur.*******************"Apa? Outstation? 5 hari? Lamanya bos? Takkan saya pulak kena pergi?""Tak ada org yg boleh gantikan tempat tu, jd kamu lah wakil syarikat kita"Aku mengeluh kecil.Penang, jauhnya lah.Aku membeli barang2 keperluan untuk di bawa ke Penang petang itu juga. Esok aku dah terpaksa berangkat ke Penang.Tak larat aku nak drive jauh2 begitu. Lebih selesa menaiki flight. Lebih mudah. Aku pun dah menukar nombor telefon. Aku tak mahu mengingati lagi rupa Reza. Aku memang berkcil hati dengan sikapnya.Walaupun begitu , aku akui aku belum mampu untuk melupakan dirinya terus."Mama, sapa nak hantar Hani ke airport?""Suruhla Carl""Mama, Carl kan dah balik Penang""Ha, kalau macam tu, mintak Carl tunggu Hani kat Penang, esok mama hantar ke airport""Kenapa pulak mintak Carl tunggu? Bukannya Hani gi oversea. Setakat Penang tu dalam poket je lah""Jgn degil lah. Dengar je cakap mama boleh tak. Hani tu perempuan, outstation sorang2. Mcm2 perkara boleh jadi tau tak. Kalau Hani tak nak call Carl, biar mama yang call"Aku mendengus kecil.Ikut je lah.SMS dikirim."Carl, aku ke Penang esok flight 10 am. Can u pls pick up me at d airport" seringkas mungkin ku taip perkataan demi perkataan."Roger gadisku"Aik, tu aje? Mudah betul teman ku yg seorang ni.Setelah mengemas keperluan untuk di bawa ke Penang esok , aku terlelap di tepi katil.********************"Hai gadisku""Ha, Carl, sorryla terpaksa menyusahkan kau pulak. Ganggu kerja kau je""It's ok lah. Aku keje dgn company bapak aku. Jadi small matter lah. Lagipun kawan2 kan. Kang kata aku tak nak tolong kawan pulak"Carl pantas membawa beg pakaian ku ke dalam but kereta."Aku tak booking hotel pun. Aku lupa lah. Dah lama tak outstation, otak jadi blur"Carl tersenyum."Aku dah booking kan"Kali ni giliran aku pulak tersenyum. Carl memang boleh di harap. Puji dalam hati je. Kalau puji kat luar karang berperasaan pulak mamat ni."Kau tak pernah tunjuk girlfriend kau kan. Kat KL ke kat Penang?""Takde lah makcik. Aku belum pandai berjiwa jiwa ni. Keras nak bermesra mesra ni. Setakat kawan tu ok lah""Ceit.. Muka jagoan gini takde girlfriend ke? Hahahhaha, ke tak laku?""Wah cantik sikit eh, kalau dengar ayat aku, silap2 kau pun boleh melted tau"Aku tergelak besar.Mcm mana entah aku boleh berkawan rapat dengan Carl. Senang sungguh mendampingi anak muda tu.Pertemuan pun secara kebetulan. Aku tergelak lagi."Kau gelakkan aku lagi ke? Jokes dah habis lah"Aku rasa semua kawan2 amat menyenangi Carl termasuklah mama aku sendiri. Tak ada sebab diorang tak menyukai dia. Budi bahasa bagus, semua pun bagus.Tiba2 kereta Carl membelok ke perkarangan rumah mewah."Aik, hotel ke mana ni? Kau biar betul Carl?""Ni rumah nenek aku. Kau check in sini je 5 hari nanti aku buat bil untuk kau claim dengan company heheheh"Tak tertelan air liur rasenya tatkala terpandangkan mahligai indah itu."Ni rumah ke istana? Nenek kau duduk sorang ke?"Carl mengangguk."Jom, nenek aku dah lama tunggu kau"Aku melangkah masuk dengan hati yg bercampur baur.Kelihatan seorang tua sedang duduk sambil mengait."Assalamualaikum, apa khabar nenek"Ucapku sambil menyalami nenek Carl."Wa'alaikumsalam, owh, inilah dia Hani Marsila"Nenek kemudian mencium pipiku mesra.Terasa ada sesuatu bergegar di jantungku. Apakah itu?Satu perasaan yang sukar untuk aku tafsir.*******************Habis mesyuarat aku pun melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Tak sabar rasanya nak menghenyakkan badan ke katil. Penat sungguh rasanya.Sampai di muka pintu Wisma Maria kelihatan Carl sedang menunggu aku dengan senyuman.Hurm, mcm boyfriend aku pulak lagaknya. Heeheheheh,, aku tergelak sendiri.Baru je nak melangkah masuk ke dalam kereta tiba2 tangan aku di tarik. Eh, apa ni ...."Hani?""Abang?"Carl cuma memerhati sahaja."Sorrylah, Hani kena pergi, Hani dah lewat ni, lain kali kita sembang ye""Siapa ni Hani?"Reza menunjukkan reaksi bengisnya."Sayang, can we?"Carl menunjukkan isyarat bahawa mereka mengejar waktu."Sorry, i've got to go""Ape ni Hani?""Sorry, ni husband hani"Reza tercengang di situ.Aku terus melangkah masuk ke dalam kereta dan memejam mata rapat2.Carl cuma mendiamkan diri, membatu.****************Argh!!!Mcm mana pulak Reza ada kat Penang ni. Kacau plan aku lah.Carl merungut-rungut sendirian.Carl bangun pantas dari katil terus menuju ke bilik yang didiami oleh Hani."Hani, Hani, Hani"Ketukan bertalu-talu."Kenapa Carl?"Kelihatan muka Hani begitu terkejut sekali."Sorrylah kacau kau, aku lapar lah, tolong masak boleh tak?"Hani ternganga memandang aku. Aku tersenyum dalam hati je."Aku , aku ... aku tak pandai masak"Carl tergelak besar."Kau tolong aku masak ok. Dah jom""Weh, beli je lah lagi senang""Kereta aku nenek bawak lah"Aku tengok muka kelat Hani mengekor aku turun tangga. Dalam hati tergelak lagi hehehehehhe.Carl menyiapkan bahan-bahan masakan."Weh , kau nak masak untuk kita berdua ke kau nak buat kenduri ni?"Hani dah mula merungut."Gadisku, diam je, tengok je, dah la tak tau masak"Setelah selesai masak, Carl menyuruh Hani menghidangkan ke atas meja. Serentak je dengan itu kelihatan family Carl masuk ke dalam rumah.Nenek, diikuti dengan mama, papa dan kakak Carl. Masing2 tersenyum penuh makna.Hani terus tersipu di situ.**************Siot betul lah Carl ni, mengenakan aku rupenya.Malu giler aku tadi.Mujurla esok hari terakhir aku kat rumah besar ni. Kerja semua dah settle.Eh, chup. Alamak, aku lupa beli tiket flight.Aku bergegas turun."Carl, aku lupa beli tiket flight?"Tak payahla, balik sekali dengan aku je, esok pun memang aku nak balik KL""Ha, naik kereta? kematu la aku weh""Ish, ikut je lah"Aku diam, bergerak nak naik ke bilik semula."Hani, meh sini jap"Aku terhenti. Aku keluar ke laman rumah mengekori Carl."Aku nak tanye kau lah, kau dengan Reza macam mana?"Aku tersekat sekejap."Maksud kau?""Maksud aku ye lah, kau dua orang lah. Dulu Nina kata korang couple tapi masa jumpa kat sini aritu korang buat2 tak kenal pulak?""Aku dah tak ada apa2 dengan dia""Owh ye ke, patutlah, nasib baik husband kau ni penyelamat keadaan kan""Setan lah kau nih"Cepat je aku mencubit peha Carl."Eh, kau cubit aku sakitla makcik"Serentak itu jugak aku hampir je terjatuh ke tanah sebab tersepak kan kaki kerusi. Mungkin padah aku cubit Carl kot.Mujur jugakla tangan Carl sepantas kilat menyambar aku dari terus jatuh mencecah tanah.Masa itulah juga jantung aku berdegup kencang.Sama seperti waktu aku salami nenek Carl hari tu. Kenapa ya.Aku terus membetul2 kan baju aku."Kau punye pasal lah ni"Rungutku dalam malu2."Eik, aku pulak, kau yg cubit aku. Habislah kau, tak tido malam termimpikan aku peluk kau tadi. Hahahhahah"Carl terus masuk ke dalam rumah.Aku meraba2 pipi terasa meregang. Malu. Tak guna punya Carl.Tapi memang betul pun, aku tak dapat tidur malam tu. Aku rasa lain sangat. Aku pun tak tau kenapa.Tiba-tiba je terasa sedih nak meninggalkan Carl dan family nya yg sungguh baik dengan ku.*****************"Nanti senang2 datanglah jenguk aku kat KL ye"Aku memperkemaskan duduk ku."Kenapa?""Tak adalah, dah seminggu check in dgn family kau, aku rase rindul plak bila nak berpisah ni""Aku kan kerja kat Penang, mama dengan papa adalah kat KL, kau je pergi jenguk2 diorang kat KL tu""A'a yek, tapi aku segan pulak kau tak ada"Carl tergelak besar.Carl secara tiba-tiba menggenggam erat jariku. Aku terkelu tapi tidak pula menarik tanganku. Terasa seperti tiupan aura yg kuat menusuk ke dalam sanubari waktu itu. Aku cuma memejamkan mata."Ai syok sendiri nampak"Aku bergegas melepaskan pegangan tangan Carl. Kurang asam betul lah dia ni."Kau tengok kat belakang kita ni, parents aku semua follow kita"Aku segera menoleh ke belakang."Ye lah, kan diorang pun nak balik KL"Carl senyum lagi."Diorang nak gi rumah kau lah sekali, hantar gadisku ni""Hantar aku? Aku call mama dulu lah, nanti kelam kabut pulak mama aku tu tak tau ada org nak datang""Tak payah, aku dah call mama kau tadi cakap rombongan meminang nak tiba sekejap lagi"Aku terkesima."Meminang? Ceh, gondeng. Betul kau dah call mama aku?"
cArl mengangguk laju.Setibanya di perkarangan rumah, aku dapat lihat mama, ayah dan abangku telah sedia menanti. Semuanya macam dah tau je timing kitorang nak sampai.Dan lebih membingungkan aku, mama macam dah kenal je dengan family Carl.Aku terus masuk dengan beg pakaian, Carl bersama family nya bersidang di ruang tamu.Setelah meletak beg pakaian di dalam bilik, aku turun ke dapur.Menolong bibik menyiapkan makanan dan minuman."Orang lain datang meminang, anak dara tunggu kat rumah. Kamu ni pulak ikut sampai dengan keluarga belah lelaki. Kelakar betul lah adik abang ni"Suara garau abang aku tu menyentak tangkai jantung dan hulu hati aku."Sape pulak datang meminang?""Carl Iskandar tu lah""Meminang siapa pulak?""Meminang kamu lah, takkan meminang abang pulak?"Aku memandang mama yg tersenyum-senyum dari tadi.Mama menghamiriku."Hani , terima ya Carl Iskandar tu menjadi menantu mama. Mama suka sangat kat dia. Dia pun suka sangat kat kamu""Mama?""Dia suka kat kamu dari sekolah lagi. Berdiri di depan kelas tengok kamu masuk kelas. Berdiri di pintu dewan makan menunggu kamu masuk mengambil makanan. Semuanya dia dah cerita kat mama. Bila dia jumpa kamu semula ni, dia terus datang jumpa mama"Ha?CArl Iskandar Tuan Lokman suka kat aku? Biar betul?Aku mengintai dari dapur. Carl mengenyit mata kepadaku. Ish, selama ni aku tak sedar ke dia suka kat aku?Carl Iskandar dan Hani Marsila bakal di satukan tidak lama lagi.Macam mimpi je.Reza?Hurm, buat apelah aku mengingatinya lagi sedangkan dia tidak pernah langsung mengingati aku.Ini ke dinamakan takdir, terpisah ceruk rantau mana sekalipun jika sudah jodoh pasti bertemu jua. Aku tergelak sendiria, pandai betul Carl menyimpan perasaan."Suka hati nampak"Usik abang."Suka lah , nak kahwin hehehehehhehe"Carl Iskandar? Pemain bola sepak sekolah dulu suka kat aku? mesti berita perkahwinan kami jadi topik hangat di kalangan teman2.**************"Ini dinamakan takdir gadisku. Aku pun tak sangka aku dapat jumpa kau kembali. Dan setelah bertemu kembali sudah pasti aku tidak mahu melepaskan peluang untuk kedua kalinya"Cinta itu datang secara tiba-tiba,Tiada isyarat dan tiada tanda,Menderu seperti angin lalu,Menggoncang seperti ribut,Lembut menyapa di hati,Berdegup kencap tatkala berada di hati,Rindu bila hilang,Rawan bila bertemu,Jika takdir telah mempertemukan kita,Dan biarlah hanya takdir juga yg mampu memisahkan kita,Terima kasih tuhan kerana memberi peluang kepada kita,Menikmati kehebatan cinta,Amen-
mase Dhia merayu, menanges mintak Diego jgn tinggalkan dia takde pulak Diego ni pikir panjang... skunk dah jadik cam ni barula menyesal...Sorry la Diego kalau aku tercakap kasar kat ko,, tp itu la kejadian nye...Mudahla bagi ko nak ckp manusia tak lepas dari buat kesilapan tp masalahnye ,, kesilapan yg ko buat tu berulang ulang...masalah sama jugak... aku betul tak paham ape yg ko nak lagi kat Dhia,, Dhia tu dah hilang segala yg dimilikinya selepas kehilangan ko tau tak... ko tak pikir ke kehidupan Dhia untuk membina smula hidupnya selepas ko tinggalkan dia???skunk senang2 mak labu lak ko nak datang balik,, abes pempuan jahat tu camane???sepanjang aku kenal ko Diego, satu janji ko kat Dhia takde satu pun ko kotakan...setakat janji je...Berubah la Diego,, aku harap sangat ko berubah...ko pun kawan aku jugak...Dhia pun kawan aku jugak... hentikanla perangai gila ko ni....Carl tu dah cukup bagus untuk Dhia...kalau la dia tahu perangai gila ko ni, camana hubungan diorang??? sanggup ko hancurkan kebahagiaan Dhia ??? setelah Dhia tu mengorbankan kebahagiaan dia demi kebahagiaan ko??? sanggup ke?? aku rasa carl tu cukup sabar orgnya...jgn sampai sabar dia hilang sebab ko Diego,, aku tak nak Dhia berendam airmata lagi....
kenapa la agaknye,, bila di saat Dhia dah mula membuka hatinya untuk org laen (Carl),, Diego ni datang semula dlm hidup Dhia dan mengganggu gugat perasaan Dhia... Mengacau bilaukan segala nya... baru je aku nak melihat senyuman dan cahaya di mata Dhia tp kini segalanya kembali suram...Dhia nampak begitu tertekan dgn kemunculan kembali Diego... sampai hati Diego buat mcm tu kat Dhia...Aku pun tak reti dah nak pikir permasalahan diorg ni...bila tah nak END...hurm,, sian kat Dhia kan...Diego kate yg dia tak pernah melepaskan Dhia dlm hidupnya... dan Diego tak boleh terima Dhia menerima Carl sbg pengganti dirinya... malah Diego mengatakan bahawa Dhia telah lama berhubung dengan Carl ketika mereka masih lagi berchenta...adeh,, Diego betul2 dah tak terkawal dah ni...Diego dah start buat balik perangai lama dia...tunggu depan rumah,, call everyday,, dan paling aku tak larat tu...Diego boleh nanges2 depan Dhia mintak diberi peluang sekali lagik...Adehla Diego,, berape banyak peluang dah Dhia tu bagik kat ko... perkara tetap sama jugak,, permasalahan tetap sama jugak... Dulu, ko jugak yg beria2 kata nak bagik peluang kat pempuan jahat tu berubah sampai sanggup ko tinggalkan kawan baek aku nih,,skunk ape dah jadik??tibe2 terasa segalanya tak seperti yg dirancangkan??? Diego,, ko kena belajar menerima hakikat, jgnla ko ganggu Dhia,, dah cukup emosi dia terganggu dengan perbuatan ko selama tiga tahun tu....aku tak paham lah kenapa Diego mementingkan perasaan dia je,, cubala pikir perasaan Dhia tu... mcm2 hal dah die buat kat Dhia tp Dhia stil jugak boleh berlembut dgn dia, stil jugak melayan kerenah giler dia tu...ape lagi yg tak cukup???